Pages

Selasa, 15 Mei 2012

saLah - siLaH pEpeRanGan mU'taH....









"ANTARA MAKAM2 PARA SAHABAT YANG SEMPAT DIKUNJUNGI DI MU'TAH, MAKAM [ZAID IBN HARITSAH], [JA'FAR IBN ABU TALIB] DAN [ABDULLH IBN RUWAHAH]



       Peperangan MU'TAH meletus pada bulan jamadil awal tahun kelapan hijrah.MU'TAH ialah satu kampung bersempadan dengan SHAM , sekarang bernama KARK dalam JORDAN.Peperangan ini berpunca dari pembunuhan ke atas AL- HARITH IBN UMAIR AL- AZDI,utusan RASULULLAH SALLALAHU'ALAIHI WASALLAM kepada raja BUSRA.AL- HARITHS inilah sahaja utusan RASULULLAH yang dibunuh.Kerana itu marahlah kaum muslimin dan bersiaplah mereka untuk menyerang SHAM.Begitu cepat sekali berkumpulnya bala tentera muslimin hingga  meningkat bilangannya kepad 30 ribu orang pejuang yang bersiap sedia untuk menyerang MU'TAH .

        Dalam peperangan ini RASULULLAH tidak menyertainya . Seperti yang anda maklum dalam sirah bahawa yang dimaklumkan GHAZWAH itu ialah gerakan tentera yang dipimpin oleh RASULULLAH sendiri.Ulama sirah kebanyakkanya menamakan serangan ini sebagai ghazwah kerana memandangkan banyaknya bilangan tentera islam.
     
         Kata RASULULLAH kepada bala tenteranya itu: "ketua kamu ialah ZAID IBN HARITHAH. Jika ZAID gugur maka JA'FAR mengantikannya.Jika JA'FAR gugur ABDULLAH IBN RAWAHAH mengantikannya.Jika ABDULLAH gugur maka hendaklah kamu pilih orang yang kamu suka menjadi ketua kamu".RASULULLAH berpesan kepada tenteranya supaya menyeru orang2 MU'TAH kepada islam, tetapi kalau enggan pohonlah pertolongan dari ALLAH dan perangilah mereka.
       
         Kata IBN ISHAQ: "RASULULLAH bersama para sahabatnya pun mengucap selamat jalan kepada pejuang2 muslimin bersama ketua2 mereka ketika mereka  hendak keluar meninggalkan Madinah.Dalam masa2 itu menagislah ABDULLAH IBN RAWAHAH.Maka mereka pun bertanya : " Apakah yang menyebabkan kamu menagis ?".Jawabnya , "Demi ALLAH , tidak ada sedikit pun pada saya cinta dunia , dan tidak jugak saya merasa sedih kerana meninggalkan kamu , yang membuat saya menagis ialah kerana mandengar RASULULLAH membaca satu ayat dari kitab ALLAH yang menyebut neraka , iaitu maksudnya "Dan tidak ada dari kalangan kamu melainkan datang kepadanya , adalah perkara itu keputusan yang pasti dari TUHANmu " . Saya tidak tahu bagaimana  hendak kembali dariNYA sesudah pergi kepadaNYA.

           Diwaktu mereka bertolak orang2 muslimin pun melaung : " ALLAH menemani kamu dan mempertahankan kamu dan memulangkan kamu kepada kami dalam keadaan yang baik " .Maka jawab  ABDULLAH IBN RUWAHAH dengan syairnya , maksudnya :

" Tetapi , aku memohon keampunan dari AR-RAHMAN ,
Di samping sebilah pedang yang memancungku ,
Memancutkan darahku ,
Atau sebatang tombak menusuk dadaku ,
Mengoyak dadaku ,mengoyak hati jantungku ,
Supaya orang melintasi pusraku berkata:
Wahai ALLAH , pejuangMU telah menempah kejayaan ,
ALLAH telah menganugerahkan kurnian kepada pejuang ,
PejuangMu telah mendapat hidayat dariMU ."

               Setelah mereka berlepas dari Madinah , pihak musuh mengumpulkan tentera.HIRAQLA(hercules) pula mengahantar bantuan tentera seramai lebih dari seratu ribu orang, terdiri dari orang2 ROME.SHARHABIL sendiri mengumpul seratus ribu pejuang dari qabilah LUKHAM, JUZAM , AL-QAIN dan BAHRA.

                 Berita bilangan musuh seramai 200 ribu orang itu juga telah sampai kepada tentera muslimin . Mereka berhenti di MUAAN selama dua malam memikirkan apa yang harus dilakukan .Kata mereka : "Baik kita tulis surat kepada Rasulullah memberi tahu kepadanya bilangan musuh ". Tetapi ABDULLAH IBN RAWAHAH tetap berkeras dan memberansangkan mereka supaya terus berjuang .Katanya,"Wahai orang2 muslimin , demi ALLAH, apa yang ditakutkan ? Untuk apa kita keluar ini ? Kita berperang bukan kerana berdasarkan  bilangan ramai dan bukan dengan kekuatan . Tetapi kita berperang kerana menegakkan Islam, denganya kita mendapat kemulian dari ALLAH , ayuh maju kehadapan!. Satu dari dua kejayaan sudah pasti akan tercapai , iaitu kemenangan atau syahid".

                  Kemudian bertemulah tentera2 muslimin dengan musuhnya berhampiran KARK. Berhadapanlah dua pihak yang akan bertarung , yang tidak seimbang bilangan tentera dan senjatanya ZAID IBN HARITHAH mengambil bendera dan terus berjuang diikuti oleh para pejuang muslimin . Beliau gugur syahid dengan mendapat tikaman musuh .

                 Setelah gugurnya ZAID , JA'FAR IBN ABU TALIB mngambil bendera dan memimpin bala tentera muslimin menggantikan ZAID. Dalam pergelutan perang yang hebat itu JA'FAR turun dari kudanya, dibunuhnya kuda itu supaya tidak tergangu .Sambil bergelut berjuang JA'FAR bermadah dengan suaranya yang tinggi maksudnya :

                 Alangkah indahnya syurga ,
Nah , kita telah hampir kepadanya ,
Syurga yang serba baik isinya,
Sejuk nyaman airnya ,
Enak minumanya ,
Tibalah sudah ,
Azab keatas bangsa ROME ,
ROME bangsa kafir ,
Yang memeranginya pasti saya.

                  JA'FAR menewaskan beberapa orang musuh hingga akhirnya gugurlah beliau . Dimayatnya kedapantan lima puluh bekas tikaman semua di sebelah hadapan .

                  Setelah gugurnya JA'FAR bendera diambil oleh 'ABDULLAH IBN RAWAHAH. Beliau juga bermadah dengan suaranya yang lantang , maksudnya :

                Oh hatiku , Oh diriku ,
Engkau harus mara , samada dipaksa atau rela ,
Hidupku yang tenang telah kebelakang ,
Kenaglah,
Engkau sebenarnya berasal dari setitis air mani ,
Lihat disana musuh2 kafir yang sedang mara,
Ke arah muslimin , seolah-olah ditarik ,
Apakah engkau tidak rindukan syurga ?
Andainya engkau tidak dibunuh ,
Mati jugak akhirnya engkau .

                 ABDULLAH jugak gugur setelah dengan gigihnya bergelut dengan pihak musuh . Setelah itu dengan persetujuan bala tentera muslimin , KHALID IBN AL - WALID dilantik menjadi amir . Maka diserahlah bendera kepadanya . Khalid terus mengempur hingga kucar - kacir jadinya musuh .Dalam keadaan kucar - kacir KHALID merebut peluang menyelamatkan bala tentera islam dengan membawa mereka kembali ke MADINAH .

                BUKHARI meriwayatkan dari ANAS RADIYALLAHU ' ANH bahawa RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM diberitahu kematian ZAID , JA ' FAR dan ABDULLAH IBN RUWAHAH sebelum sampai berita dari bala tentera Muslimin . Kata RASULULLAH , " ZAID mengambil bendera gugurlah dia , kemudian diambil oleh JA ' FAR dia juga gugur , kemudian diambil oleh IBN RUWAHAH dia pun turut gugur " . Sambil berkata air matanya mengalir " , kemudian diambil oleh salah seorang pedang ALLAH , maka ALLAH memberi kemenangan kepada mereka ".

               Hadith ini seperti yang anda lihat , menunjukkan bahawa pada akhirnya ALLAH telah memberi kemenangan kepada Muslimin . Tidak benar sama sekali seperti kata setengah - setengah periwayat sirah bahawa dalam peperangan ini bala tentera Muslimin telah tewas himgga kucar - kacir dan akhirnya mereka pulang ke Madinah . Mungkin maksud mereka yang berkata begitu ialah kerana pihak Muslimin tidak mengejar bala tentera musuh yang terdiri dari orang - orang ROME dsn orang - orang Arab kafir yang tewas itu . Bala tentera musuh yang lari untuk mendapatkan perlindungan kerana takut kepada angkatan tentera Muslimin . Di waktu itulah tentera Muslimin mengambil kesempatan pulang ke Madinah.Tidak syak lagi ini adalah satu langkah yang bijak dan lincin yang dilakukanoleh KHALID IBN WALID RADIYALLAHU ' ANH .

               ABN HAJAR mengatakan :"... Kemudian bendera diambil oleh ' ABDULLAH IBN RUWAHAH, beliau turut gugur dalam pertempuran itu . Akhirnya bala tentera Muslimin melantik KHALID IBN WALID menjadi amir , maka musuh pun ditewaskan oleh ALLAH dan tentera Muslimin pun mendapat kemenangan ". Kata AL- 'UMMAD IBN KATSIR :"Boleh dibuat kesimpulan dari riwayat- riwayat ituu bahawa Muslimin sebenarnya mencpai kemenagan melalui KHALID yang mengumpulkan kembali tentera Muslimin . Kemudian mereka bermalam. Besok paginya KHALID mengubah tindakannya , tentera yang disebelah kirinya disuruh mara ke kanan yang di kanan disuruh mara ke kiri Dengan itu pihak musuh menyangka pihak Muslimin telah mendapat bantuan dengan kedatangan tentera baru , kemudian serentak dengan itu diserangnya musuh , dan musuh terpaksa berundur lari . Di sini KHALID tidak mengejar musuh tetapi mengarahkan mereka tentera islam pulang ke Madinah , dan itulah kemenangan yang besar .

              Tatkala sampai tentera Muslimin hampir dengan Madinah , mereka disambut oleh RASULULLAH. Turut sama menyambut ialah anak - anak kecil para pejuang dengan berlari - lari .Kata RASULULLAH , "Ambil dan dokonglah kanak - kanak ini dan berikan kepada saya anak JA'FAR !..." . Lalu dibawakan kepada RASULULLAH 'ABDULLAH IBN JA'FAR. Didokong dan dibawanya 'ABDULLAH ... tetapi orang ramai bersorok mengejek kepada tentera : "Orang - orang pengecut . Kamu lari dari Sabilullah ...".Baginda mencelah , "Mereka bukan orang lari , tetapi mereka akan menyerang semula INSYA'ALLAH ."

 INI SAHAJALAH ANTARA KISAH SEJARAH PEPERANGAN MU'TAH YANG DAPAT DISAMPAIKN. UNTUK YANG TERAKHIR DARI SAYA MARILAH SAMA-SAMA KITA HADIAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PARA PEJUANG2 ISLAM YANG SANGGUP MENGADAIKAN NYAWA DEMI MENEGAKKAN SYIAR ISLAM .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan