Pages

Jumaat, 5 Oktober 2012

zAkaT...



Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggerisalmsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islamyang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
(Û±Û°Û³) Ø®ُØ°ۡ Ù…ِÙ†ۡ Ø£َÙ…ۡÙˆَالِÙ‡ِÙ…ۡ صَدَÙ‚َØ©ً تُØ·َÙ‡ِّرُÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَتُزَÙƒِّيهِÙ… بِÙ‡َا ÙˆَصَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتَÙƒَ سَÙƒَÙ†ٌ Ù„َّÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَاللّÙ‡ُ سَÙ…ِيعٌ عَÙ„ِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Syarat wajib zakat

Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

[sunting]Pengertian Islam

Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

[sunting]Pengertian merdeka

Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat.

[sunting]Sempurna milik

Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

[sunting]Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat

Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

[sunting]Cukup nisab

Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

[sunting]Cukup haul

Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

[sunting]Niat untuk berniaga

Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar Zakat perniagaan.

[sunting]Jenis zakat

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

[sunting]Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

[sunting]Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.

[sunting]Zakat harta di Malaysia

Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:

[sunting]Jadual zakat

Perkara yang menyebabkan zakat wajib dibayarNilai minimum yang diperlukan bagi membayar zakat (Nisab)Kadar pengeluaran zakat
1. Hasil keluaran pertanianAwsuq[1][2] (653 kg (1,440 lb)) per tuaian5% dari hasilan tanah usaha dalam bentuk irrigasi; 10% dari hasilan tanah yang disirami hujan semulajadi.[3]
2. Emasperak, hasilan emas dan perak85 g (3 oz) emas atau 595 g (21 oz) perak[4]2.5% nilai[4]
3. Simpanan dalam bank atau dalam tanganNilai 595 g (21 oz) perak[4]2.5% jumlah[4]
4. Barangan daganganNilai 595 g (21 oz) perak[4]2.5% nilai barang[4]
5. Hasilan perlombonganApa-apa kuantiti[4]20% dari nilai hasilan[4]
6. Lembu dan kerbau30 ekor dalam bilangan[4]seekor dari 59 ekor yang pertama, 2 ekor untuk 89 ekor seterusnya, 3 ekor untuk 150 ekor seterusnya, atau seekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 39 ekor pertama, 1 ekor lembu/kerbau berumur 2 tahun bagi 59 ekor seterusnya, 2 ekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 69 ekor seterusnya[4]
7 Kambing & kambing biri-biri40 dalam bilangan[4]1 ekor untuk 40 ekor pertama, 2 ekor untuk 120 seterusnya; 3 ekor untuk lebih dari 200 ekor, 1 ekor tambahan bagi setiap 100 ekor seterusnya[4]
8. Unta5 dalam bilangan[4]
  1. sehingga 5-24, 1 ekor kambing biri-biri atau kambing bagi setiap 5 ekor unta;
  2. 25-35, seekor setahun unta betina;
  3. 36-45, seekor 2-tahun unta betina;
  4. 46-60, seekor 3-tahun unta betina;
  5. 61-75, seekor 4-tahun unta betina;
  6. 76-90, dua-ekor 2-tahun unta betina;
  7. 91-120, tiga-ekor 3-tahun unta betina;
  8. 121 atau lebih, seekor 2-tahun unta betina untuk setiap tambahan 40 ekor atau seekor 3-tahun unta betina untuk tambahan 50 ekor. Mereka juga mesti memberi makanan dan peralatan kendiri bagi setiap satu ekor unta yang hendak dizakatkan.[4]

[sunting]Golongan yang layak menerima zakat

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

[sunting]Faedah Zakat

[sunting]Faedah diniyah (Agama) [5]

  1. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
  2. Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
  3. Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
  4. Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah s.a.w.

[sunting]Faedah Khuluqiyah (Akhlak)[6]

  1. Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
  2. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
  3. Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
  4. Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.

[sunting]Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)[7]

  1. Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
  2. Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
  3. Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
  4. Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
  5. Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
  6. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.

[sunting]Hikmah Zakat

Hikmah dari zakat antara lain:
  1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
  2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
  3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
  4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
  5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
  6. Untuk pengembangan upaya umat
  7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
  8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

Khamis, 4 Oktober 2012

tAnDA2 ajAl akAN dAtanG...

TANDA-TANDA KEMATIAN

Allah telah memberi tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian.
Tanda 100 hari menjelang ajal :
Selepas waktu Asar, kita merasa dari ujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya, Bagi yang menyadarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyedari, tidak ada pengaruh apa-apa.
Tanda 40 hari menjelang kematian :
Selepas Asar, jantung berdenyut-denyut. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.
Tanda 7 hari menjlang ajal :
Akan diuji dengan sakit, Orang sakit biasanya tidak selera makan. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu.
Tanda 3 hari menjelang ajal :
Terasa denyutan ditengah dahi. Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.
Tanda 1 hari sebelum kematian :
Di waktu Asar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak sempat menemui Ashar besok harinya.
Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bagian pusar, kemudian ke pinggang lalu ketenggorokan, maka dalam situasi ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimah syahadat.
Sahabatku yang budiman, subhanAllah, Imam Al-Ghazali, mengetahui kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan wudhu, meng-kafani dirinya, kecuali bagian wajah yang belum ditutup. Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya. SubhanAllah. Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang-orang yang terpilih. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih dan siap menerima kematian kapanpun dan di manapun kita berada. Aamiin.