Pages

Isnin, 21 Mei 2012

mUkjiZat iSra' & mi'rAj...

     Dimaksudkan dengan  Al- Isra' di sini ialah perjalanan yang mulia lagi bersejarah dari Masjid Al - Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Al-Quds di Palastin , adapun Mi'raj pula ialah peristiwa naik kelapisan langit tertinggi di mna Nabi Muhammad telah bertemu dengan ALLAH RABBUL JALIL , kesemuanya ini berlaku dalam semalam sahaja .

     Pendapat sejarah telah berbelah bagi tentang masa berlakunya mu'jizat Isra' dan Mi'raj ini. Ada yang mengatakan berlakunya dalam tahun kesepuluh selepas kebangkitan dan pengutusan baginda . Pendapat Ibn Sa'd yang telah digariskan didalam kitabnya "AT - TABAQAT AL - KUBRA " mencatitkan bahawa mu'jizat ini berlaku sebelum lapan belas bulan hijrah Rasulullah .

      Terdapat satu persoalan yang lain pula telah ditimbulkan iaitu apakah perjalanan Rasulullah ini dengan rohnya sahaja ataupun ruh dan jasad sekali . Pendapat ramai orang Islam ialah ruh disertai dengan jasad sekali dan disinilah baru ternampaknya mukjizat pengembaraan baginda yang mulia  yang telah dikurniakan kepada junjungan kita Muhammad Salallahu alaihi Wasallam.
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan