Selasa, 28 Februari 2012
Sabtu, 25 Februari 2012
suBhaNaLLaH.........
:: MAHAL HARGANYA SEBUAH SYURGA :: Abu Hurairah r.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal: "Apakah yang telah kamu lakukan?" Jawabnya, "Aku telah berperang keranaMu Ya Allah sehingga aku mati syahid." Di katakan kepadanya lagi: "Kamu telah berbohong! Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani! Dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), kemudian di seret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka. " Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran. Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia dan dia mengakuinya. Justeru itu dia ditanya: "Apakah yang telah kamu lakukan? " Jawabnya, "Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranaMu Ya Allah." Kemudian Allah menjawab: "Bohong! Bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim dan kamu membaca al-Quran supaya orang berkata kamu seorang qari. Mereka semua telah pun berkata demikian di dunia." Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka. Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya. Kemudian dia disoal: "Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut? " Jawabnya, "Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang Engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranaMu Wahai Tuhan. " Allah menjawab: "Bohong! Tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia. " Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka. Apabila Sayidina Muawiyah r.a mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata: "Benarlah firman Allah SWT dan sabda RasulNya. Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Maksudnya: " Barang siapa yang mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala." (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)
Isnin, 13 Februari 2012
Ahad, 12 Februari 2012
wAniTa sOlEhaH......
Surat Untuk Bakal Ibu Mertua ku…….
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Sebelum saya terus mengukir kata dalam tulisan ini.. izinkanlah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai bakal ibu mertuaku…..
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…
Saya bukanlah Khadijah r.a, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia.....
Saya bukanlah Aisyah r,a, Seorang yang utama dalam ketakwaannya…..
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya……..
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya……….
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya…….
Tapi..Seperti yang saya katakan.,saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa….
Ketabahan yang tak seberapa…..
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….
Namun ibu,….
Saya adalah wanita akhir zaman,….
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada bakal Suamiku
dan juga padamu…..bakal Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuhmu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu….
Tapi saya akan menjadi rekan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu..
Dan kelak pada mujahid – mujahidahku, bakal cucu mu duhai ibu…..
Engkau tak perlu bimbang ibu,…
Saya tak akan merebut perhatian anak mu…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu….
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya…
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku..
Kerana sebagai wanita yang baru bernikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu…..
Duhai, bakal ibu mertuaku….
Saya harap kita bisa menjadi rekan yang baik…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahasia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami….
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendegar yang setia saat saya dlm kesusahan….
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bakal Menantumu….
(¯`v´¯)♥ Aamiin ya Rabbal 'alamiin ♥ (¯`v´¯)
♥♥♥…….…….……...♥ •.¸.•´♥………….…♥♥♥
♥♥♥───────────────█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────█──█──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥─────────███████─█──────♥♥♥
`·.¸.·`(´'`v´'`)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'` v´'`)`·.¸.·`
...♥♥..♥`•.¸.•´(¯`v´¯)(¯`v´¯)` •.¸.•´♥..♥♥...
`*•.¸¸.•*✿Menebar Senyum & Dakwah Bertali Ukhuwah `*•.¸¸.•*^_^ KALAM ISTERI SOLEHAH
bErCiAp sEdiALah.......
Langgan:
Catatan (Atom)