Pages

Selasa, 16 Julai 2013

~nanana~

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
 Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

SHARE kepada semua ...Renungan bersama...

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Ahad, 2 Jun 2013

~lalala~

ya Allah aku bermohon kepadaMU agar dipermudahkan segala urusanku dan dia,KAU kurniakanlah yang terbaik buat kedua orang tua kami,buat adik beradik kami,guru2 kami,sahabat2 kami dan seluruh saudara mara kami diatas muka bumiMU ini...~amin ya ALLAH~...

...ya Allah sampaikanlah salam rinduku ini kepada dia hingga aku menjadi kerinduanya keranaMU...
                                                                     ~AMIN~

Rabu, 10 April 2013

~nAna~...

~ada masa tiga bulan sahaja lagi untuk belajar erti kehidupan
sudah sampai masanya untuk belajar memperbaiki diri sendiri
sudah sampai masanya untuk mendidik iman agar tidak tunduk kepada nafsu
walaupun nampak macam x mampu tapi tiada alasan untuk kita cuba menjadi lebih baik walaupun x mampu untuk menjadi yang terbaik...
yang penting adalah kehendak hati kerana bermulanya niat dihati maka tidak mustahil bagi kita untuk melakukan apa yang telah diniatkan..

.~YA ALLAH KUATKAN IMANKU DEKATKANLAH HATI KU  KEPADAMU,HADIRKANLAH RASA CINTAKU INI KERANAMU YA ALLAH,BIMBINGLAH AKU KE JALAN YANG BENAR DAN DIREDHOIMU YA ALLAH~
AMIN.....

Jumaat, 5 April 2013

Selasa, 12 Mac 2013

Al-Balad...

wahai jiwa yang tenang
kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai-NYA
maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Ku
dan masuklah ke dalam  syurga -Ku...

Isnin, 11 Februari 2013

Ayyuhal Walad Karangan Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali
Pengenalan

Seperti yang telah diketahui, kitab Ayyuhal walad juga dikenali dengan Al Risalah Al Waladiah adalah merupakan karangan al Imam al Ghazali r.a yang telahpun diterjemah dengan pelbagai bahasa.Kitab ini ditulis sebagai membalas kepada sepucuk surat yang telah dihantar oleh salah seorang murid beliau dengan harapan agar Al Imam Al Ghazali dapat menulis sepucuk surat yang merupakan satu wasiat yang ditujukan khusus kepadanya.Jadi Imam Al Ghazali dengan segala ikhlas hati telahpun membalas surat tersebut dan telahpun memasukkan beberapa kata nasihat yang cukup berguna buat muridnya juga kita.( Pengarang sedang berusaha mengkaji dan mencari nama anak murid Al Imam Al Ghazali yang mengirim sepucuk surat kepada beliau, tapi sehingga kini belum berhasil ) Oleh yang sedemikian, di atas kesedaran pengarang berhasrat untuk turut mempamerkan kepada khalayak berkenaan nasihat-nasihat yang telah disampaikan dengan harapan mudah-mudahan kita dapat memperbetulkan apa-apa yang bersalahan sebelumnya.

Nasihat Pertama : Waktu Itu Adalah Kehidupan.

Wahai Anakku Yang tercinta ;

Anatara nasihat Rasulullah kepada umatnya ialah seperti hadis Baginda:

علامة إعراض الله تعالى عن العبد ، اشتغاله بما لا يعنيه ، وإن امرأ ذهبت ساعة من عمره ، في غير ما خلق له من العبادة ، لجدير أن تطول عليه حسرته ، ومن جاوز الأربعين ولم يغلب خيره على شره فليتجهز إلى النار.

Maksudnya :

Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tiada berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada perkara yang bukan tujuan hidupnya (beribadah kepada Allah) maka layaklah penyesalan (di hari Kiamat nanti) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api Neraka.

Nasihat Kedua : Bagaimana Kita Sepatutnya Menerima Nasihat?

Wahai Anakku Yang tercinta ;

Sesungguhnya memberi nasihat itu adalah tugas mudah tetapi menerima nasihat itu amat sukar dan berat.Ini adalah kerana menurut kata nasihat adalah suatu perlaksanaan yang sangat pahit lantaran runtunan hawa nafsu yang melekakan.Jadi bilamana kita menyedari hakikat ini tugas kita adalah berusaha menjadikan diri kita antara golongan yang sanggup menerima apa jua kata nasihat sekalipun pahit untuk kita menerimanya.Bahkan kita juga dituntut agar menyampaikan ilmu kepada orang ramai.Rasulullah telah bersabda :

أشد الناس عذابا يوم القيامة ، عالم لا ينفعه الله بعلمه.
Ertinya :

Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.

Nasihat Ketiga : Ilmu Itu Tidak Berguna Jika Tidak Diamalkan.

Wahai Anakku Yang tercinta ;

Jaganlah engkau menjadi orang yang muflis pada amalnya dan jaganlah enkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah sesungguhnya ilmu semata-mata belum menjamin keselamatanmu dikhirat kelak.Mafhum daripada kenyataan di atas itu adalah : ilmu tanpa amal tidak akan berguna.Ilmu akan menjadi berfaedah bilamana kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.Kita juga dituntut supaya mengisi jiwa yang kosong dengan berusaha menuntut ilmu.Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi :110

فمن كان يرجوا لقآء ربه فليعمل عملا صلحا 

Ertinya :

Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu Tuhannya, maka hendaklah ia beramal akan amalan yang soleh.

Sesungguhnya dalil berkenaan tuntutan agar kita beramal dengan ilmu banyak sekali.(Pengarang hanya masukkan 1 dalil sahaja namun bagi yang ingin merujuk dalil-dalil yang lain sila perhatikan pada Surah An Najm : 39, Surah At-Taubah : 82, Surah Al-Kahfi : 107-108, Surah Al-Furqan : 70 dan lain-lain lagi)

Nasihat Keempat : Kadar Balasan Mengikut Kadar Amalan.

Wahai Anakku Yang tercinta ;

Selama mana engkau tidak beramal maka selama itulah engkau tidak mendapat pahala.Sebagai rujukan kita bersama mari sama-sama kita perhatikan Hadis berikut.Sabda Rasulullah S.A.W :

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا، وزنوا أعمالكم قبل أن توزنوا.

Ertinya :

Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.

Dan berkata Saidina Ali K.W.

من ظن أنه بدون الجهد يصل فهو متمن ، ومن ظن أنه ببذل الجهد يصل فهو مستغن .
Ertinya :

Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam Syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam Syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah.

Dan bersabda Rasulullah S.A.W :

الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والأحمق من اتبع هواه وتمنى على الله تعالى الأمانى
.Ertinya :

Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya.Dan orang yang bodoh ialah orang yang sentiasa mengikut kehendak hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapatkan kemurahan Allah ta’ala.

Nasihat Kelima : Ikhlaskan Niat.

Wahai Anakku Yang tercinta ;

Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan menatap kitab dan berapa lama engkau telah menahan tidur. Aku tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia, menghimpun segala mata benda dan mencapai kedudukan yang tertinggi serta berbangga dengan kebolehan mu di hadapan kawan-kawan. Jika ini niatmu maka engkau akan rugi srugi-ruginya.

Namun seandainya niatmu itu adalah untuk menghidupkan segala syariat Nabi Muhammad S.A.W.dan berusaha memperbaiki akhlakmu, serta berusaha memecahkan monopoli keinginan nafsumu yang sering terangsang ke arah kejahatan, maka beruntunglah engkau seribu keuntungan.Seorang ahli syair telah berkata :

سهر العيون لغير وجهك ضائع
وبكاؤهن لغير فقدك باطل
Ertinya :

Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna.

Nasihat Keenam : Hakikat Hidup, Cinta & Amal.

Wahai Anakku Yang tercinta ;

عش ما شئت فإنك ميت ، وأحبب ما شئت فإنك مفارقه ، واعمل ما شئت فإنك مجزي به .

Ertinya :

Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.

Sabtu, 2 Februari 2013

rEnunGan...

Firman Allah:

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

(An-Nisa 4:17)

Nikmatilah cinta Allah dengan bertaubat kepadaNya, kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali maka berserah diri dengan sebaiknya, kejahilan tidak selamanya, carilah ilmu yang membawa ke jalan yang benar...

Ahad, 6 Januari 2013

hOho...

ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan yg bakal terjadi...

Khamis, 3 Januari 2013

hAha...

ku harap engkau akan mengerti maksudnya suatu hari nanti...

6  .
8  ..
4  ...
9  ....

7  ....
2  .
9  ...
2  .
6  ..
4  .

2  .
8  .
4  ...
7  ..
2  .
4  ..

5  ..
3  ..
7  ...
2  .
6  ..
2  .
6  ..
9  ...
2  .

...........................................................hanya ALLAH saja yang mengetahui.................................................

5 pErKara Yang pErlu teRbuRu-bUru dAlaM isLam...

5 Sifat Terburu-Buru Diwajibkan Islam

Assalamualaikum  
 
Dari Hatim Al-Asam : ‘Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan , kecuali pada lima tempat’ , maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW :
 
PERTAMA

Apabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu , WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan .
 
KEDUA
 
Apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia , WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut . 
KETIGA
 
Apabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang , WAJIBlah bagi kamu untukmengahwinkannya .
 
KEEMPAT
 
Apabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun , WAJIBlah bagi kamu untukmembayarnya kembali tatkala sampai masanya .
 
KELIMA
 
Apabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT , WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya .

pEnYAkiT2 jiWa dAn cAra meNguBatiNya...

Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:
1.  Mensyirikkan Allah SWT.
2.  Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.
3.  Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.
4.  Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.
5.  Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.
Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.
Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.
6.  Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu pengetahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.
7.  Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah SWT.
Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah  tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun  dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT. Inilah yang sedang  nyata berlaku.
8.  Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.
Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.
Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.
Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.
Ubat yang Mujarab
Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW.
Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.
1.  Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.
2.  Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.
3.  Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut.
4.  Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.
5.  Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah SWT, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.
Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya  perlu  dirujuk  dan  dikembalikan . Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa. 

Dosa melemah dan mematikan jiwa

Thabit bin Qurrah berkata:
“Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.” 
Abdullah bin Mubarak berkata:
“Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna  menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”
penyakit jiwa dan cara mengatasinya

Realiti kini

Beralih kepada realiti hari  ini, manusia secara umumnya mendurhakai syara’. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.
Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara’ lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. Jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.
Penyakit mencerca Allah SWT berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara tersurat atau tersirat. Contohnya, Allah SWT menurunkan hujan. Kedapatan manusia mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan ‘malam amal’ atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah SWT mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al-Istidraj.
Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah SWT, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah SWT. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah SWT dan ditarbiyyah. Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh. 

Keriangan mentauhidkan Allah

Keseluruhan cara pergubatan di atas dipanggil cara pengubatan Rasulullah SAW terhadap penyakit-penyakit jiwa. Penyakit mensyirikkan Allah SWT, disembuhkan dengan cara kembali mentauhidkan Allah SWT. Tauhid kepada Allah SWT akan membuka pintu kebaikan, kegembiraan, dan  keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpura-pura. Keringan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah SWT. Keriangan mereka adalah keriangan berterusan walaupun mereka diancam dan dikecam.
Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhidkan Allah SWT.  Mereka sentiasa bertindak di atas landasan syara’. Sekiranya mereka bertindak di atas landasan syara’ tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka. 

Taubat

Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah SWT, peraturan-Nya dan hukum-Nya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri daripada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah SWT sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah SWT maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.

cAra memBiNa keTaQwaAn dAlaM diRi...

Bagi memastikan TAQWA berjaya terbina di dalam diri setiap mukmin, perlulah diwujudkan beberapa keadaan berikut:
1. Mu’ahadah – mengingati perjanjian. (Q. S. 16:9)
Seseorang mukmin perlu selalu berkhalwat (menyendiri/hanya antara dia dan Allah), untuk menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah. Ingatlah setiap hari paling minima kita berjanji sebanyak 17 kali dalam solat-solat fardhu sebanyak lima waktu; “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah”.
2. Muraqabatullah – merasakan pengawasan Allah. (Q. S. 26: 218-219)
Merasakan Allah sentiasa bersama, melihat dan mengawasi setiap pergerakan hamba-hambaNya dalam sembunyi maupun terang-terangan.Oleh itu, setiap kali seorang mukmin ingin melakukan apa jua perkara mestilah dipastikan samaada perlakuan itu semata-mata kerana Allah, atau sebaliknya kerana kepentingan pribadi dan memperoleh pujian manusia.
3. Muhasabah – koreksi diri. (Q. S. 59:18)
Setiap mukmin hendaklah menghisab/menghitung selepas selesai mengerjakan apa jua amal perbuatan, samada perlakuannya semata-mata untuk beroleh redha Allah atau dikuasai rasa riya’dan takabbur.
4. Mu’aqabah – menebus dan membersihkan kesalahan. (Q. S. 2:197)
Setiap kali diri mukmin tergelincir melakukan kesalahan, bersegeralah pula memperbaiki diri dan menebus kesilapan. Usah dibiarkan bertompoknya kesalahan demi kesalahan hingga terperangkap dalam dosa yang menyukarkannya membersihkan maruah diri.
5. Mujahadah – bersungguh-sungguh berjihad untuk beroleh keredhaan Allah, terutama melawan hawa nafsu sendiri. (Q. S. 29:69)
Bilamana seseorang mukmin dikuasai kemalasan, suka istirehat, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah tepat pada waktunya, mestilah memaksa diri melakukan segala bentuk amalan lebih banyak dari sebelumnya.

aDaP bErCakaP...

Rasulullah S.A.W bersabdaJanganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“. 
1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengannada yang samar-samar.
2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
3. Jika seoarang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkanatau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan  orang yang jahil dalam agama
7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.
8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.
9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pastimengenainya.

pOMpUAn...

Muslimah memang tak guna….
Pasti anda tertanya-tanya kenapa muslimah memang tak guna. Sedangkan muslimah itu kalau dari segi urufnya sebut saja muslimah, pasti kita membayangkan seorang yang solehah, baik akhlak, sopan santun, menjaga auratnya dan macam-macam lagi.Tapi, seorang muslimah itu memang tak guna…
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tak gunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak gunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak gunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak gunakan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tak gunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak gunakan tudung tiga segi,apabila memakainya di selempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak gunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak gunakan alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tak gunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang BERGUNA

Selasa, 1 Januari 2013

15 kEbaiKan sUjuD daLam sOlaT...

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.3. Melegakan sakit hernia.4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.7. Meringankan bahagian pelvis.8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Walau tiada 15 kebaikan sujud ni pun, semua umat Islam wajib untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Amalan pertama yang ditanya bukanlah berapa sihat kamu di dunia, atau berapa banyak duit kamu ada, tetapi adalah amalan solat kamu. Baik amalan solat kamu, insyaAllah senang kehidupan kamu selepas mati kelak. Wallahualam.