Pages

Ahad, 12 Februari 2012

jOdOh........

Cinta tak kenal Rupa...:) (^_^)
Jodoh tu Ketentuan Yang Ilahi...Keep Smile....;)
SURAT CINTA SEORANG SUAMI YANG SERBA KEKURANGAN DARI SUAMI KEPADA ISTERI

Baru-baru ini saya telah mendapat suatu mesej yang menghamburakan perasaan syukur kerana dia mempunyai isteri yang amat menyayanginya walaupun dirinya penuh dengan kekurangan..dan dia mahu saya sharekan dengan para pembaca…….

TERIMA KASIH SAYANG KERANA MENERIMA DAN MENYINTAI ABANG…….

Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang……

SAYANG……pernah tak dengar lagu ni…..lagu yang membuatkan abang rasa amat teruja…..kerana abang dapat hidup bersama dengan sayang…

SAYANG……ramai yang kata abang beruntung…kerana mendapat isteri yang cantik….sedangkan wajah abang ni..hancurrr….malah ada yang mengatakan wajah abang ni hodoh…kalau nak dibandingkan dengan sayang….macam cerita the beauty and the beast….macam cerita si bongkok yang hina dengan puteri yang jelita.

SAYANG abang sedar…mungkin ramai yang tak dapat menerima kenyataan bahawa abang dapat memperisterikan diri sayang….walaupun sayang berhak mendapat lelaki lain yang jauh lebih baik dari abang……

SAYANG…secara jujurnya abang akui memang benar kata-kata mereka itu…apalah yang ada pada diri abang ini…yang membuatkan sayang memilih abang?....abang tiada rupa…abang tiada harta….kerja tak tinggi mana kerja kampung aje…..pendapatan..he he he sayang pun tahu….kerja pemanjat kelapa berapa la sangat hasilnya…….kadangkala abang termenung…kenapa saying cintakan abang?

SAYANG……maafkan abang jika saying terpaksa menerima cacian dan hinaan semata-mata kerana ingin hidup dengan abang……dah banyak dugaan dan ujian yang sayang lalui semata-mata untuk bersama dengan abang……ramai yang abang dengar mengata dan mencaci diri sayang….”Bodoh..rupa cantik…tetapi cari lelaki hodoh tak berharta….kelulusan pun tak ada….!!!”

SAYANG….abang berjanji….abang akan menjaga diri sayang dengan sepenuh hati abang……walau apa jua rintangan dan halangan abang akan cuba untuk membahagiakan diri sayang.

SAYANG……jangan tinggalkan abang ya….jika sayang dah jemu atau sudah tidak lagi menyayangi abang…maka jangan tinggalkan abang…..biarlah abang menutupkan mata abang dahulu menghadap ilahi…barulah sayang lupakan abang.

SAYANG …terima kasih kerana menyintai..abang….semoga ikatan kasih kita akan kekal sehingga ke akhir hayat…..terima kasih sayang kerana menerima abang…..terima kasih sayang kerana sudi membiarkan abang menumpang kasih…..sementara ada nafas…sementara abang masih dapat melihat kecantikan dan keayuan sayang….sementara abang masih hidup…..sebelum abang dijekput tuhan….semoga kita bersama di dunia dan di akhirat.

SALAM SAYANG….CINTA…….YANG MENDALAM…..

ABANG….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan