Pages

Ahad, 12 Februari 2012

bErCiAp sEdiALah.......


PROSES KEMATIAN & SELEPASNYA

Benda hidup, termasuk manusia, pasti akan mati bila tiba ajalnya, tak boleh dicepatkan atau dilewatkan. Apakah yang terjadi kepada badan kita semasa kita mati dan selepas saat kematian tersebut? Bagaimana ia menghancur dan seterusnya mereput?

Berikut dipanjangkan proses kematian dan selepas kematian secara umum yang akan dialami oleh badan fizikal/lahiriah kebanyakan kita. Selepas setahun, tiada lagi kulit yang cantik, muka yang kacak, tubuh yang tampan, badan yang seksi, semuanya sudah menjadi tulang belulang yang berceraian….. jadi, apa yang hendak dibanggakan dengan keadaan fizikal badan? Hanya iman, qalbun salim serta amal ibadat yang akan dibawa untuk disoal di alam barzah dan di padang mahsyar nanti…. insaflah!

Namun begitu, jika Allah SWT menghendaki seseorang itu boleh saja tidak reput badannya sehingga hari kiamat. Ini adalah manusia pilihan. Termasukkah kita dalam golongan manusia pilihan ini? wallahu a’lam….
Inilah Proses Kematian dan Hancurnya Tubuh Kita!
Sesaat sebelum mati, anda akan merasakan jantung berhenti berdetak, nafas tertahan dan badan bergetar. Anda merasa dingin di telinga. Darah berubah menjadi berasid dan halkum berkontraksi.

0 Minit
Kematian secara perubatan terjadi ketika otak kehabisan bekalan oksigen.

1 Minit
Darah berubah warna dan otot kehilangan kontraksi, terkeluar tahi (jika ada).

3 Minit
Sel-sel otak tidak berfungsi secara total. Saat ini otak benar-benar berhenti berfikir.

4 – 5 Minit
Pupil mata membesar dan berselaput. Bola mata mengerut kerana kehilangan tekanan darah.

7 – 9 Minit
Saraf penghubung ke otak mulai mati.

1 – 4 Jam
Rigor Mortis (fasa di mana keseluruhan otot di tubuh menjadi kaku) membuat otot kaku dan rambut berdiri, kesannya rambut tetap tumbuh setelah mati.

4 – 6 Jam
Rigor Mortis terus beraksi. Darah yang berkumpul lalu mati dan warna kulit menghitam.

6 Jam
Otot masih berkontraksi. Proses penghancuran, seperti kesan alkohol masih berjalan.

8 Jam
Suhu tubuh terus menurun dengan pantas.

24 – 72 Jam
Isi perut membusuk oleh mikrob dan pankreas mulai mencerna dirinya sendiri.

36 – 48 Jam
Rigor Mortis berhenti, tubuh anda selentur penari balerina (lembut).

3 – 5 Hari
Pembusukan mengakibatkan luka skala besar, darah menitis keluar dari mulut dan hidung.

8 – 10 Hari
Warna tubuh berubah dari hijau ke merah selari dengan membusuknya darah.
Beberapa Minggu
Rambut, kuku dan gigi dengan mudahnya tertanggal.
Satu Bulan
Kulit anda mulai mencair.
Satu Tahun
Tidak ada lagi yang tersisa dari tubuh anda. Anda yang sewaktu hidupnya cantik, gagah, kacak, kaya dan berkuasa, sekarang hanyalah tumpukan tulang-belulang yang menyedihkan.

Jadi, apa lagi yg mau disombongkan org sebenarnya??

Tegakkan Khilafah Islamiyah
Sebarkan Dakwah Islam.Bebaskan Pemikiran dari Al Ghazwu Fikri. Tegakkan Hak Allah S.W.T. TEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIYAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan