CIRI-CIRI ORANG YANG MENYINTAI KAMU
Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang dicintai tapi apa kan  daya akan lemahnya diri dan hati ini untuk mengerti, dan apabila  semuanya telah berlalu barulah terdetik di hati akan hilangnya rasa-rasa  manis yang diberikan oleh seseorang yang kita sekadar pinggirkan  dahulu. 
Aku pernah memiliki 100% ciri-ciri ini maka ku  kongsikan buat taulan. Dan tidak dinafikan ada insan lain juga yang  mengalami yang sama. Hingga kini, ku waspada untuk bercinta kerna hati  ini telah lelah menyanyangi dan ku tangguhkan semua ini untuk mengejar  cinta hakiki. Selamat membaca sahabat.
1. Orang yang mencintai  kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.  Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak  peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi  impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu  apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun  mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang  yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui  sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang  mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat  hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun  kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia  menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku  CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6.  Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis  yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan  selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan  selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan  mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu  ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti  berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang  kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah  mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa  banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya  kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu  kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin  tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar  meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya. 
10. Kalau  kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau  batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk  bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli  tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,  dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba  dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya  yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya  barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan  terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga  kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana  kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa  memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh  membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL  seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu  di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang  memikirkan kamu.
19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang  merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.  Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia  akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20. Jika kamu  memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan  sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia  begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak  dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi  sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu  walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia  juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian  kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
22. Dan jika kamu  cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia  akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu  membunuh hatinya.
23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan  ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya  dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya  sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia  tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu,  dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa  itu cinta.
Dipetik daripada : Cik Biela (fb)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan