Pages

Ahad, 23 September 2012

uJiaN...

U.J.I.A.N
-----------

Suatu hari, para sahabat kebingungan melihat Saidina Ali menangis teresak-esak. Sahabat itu segera menegur Saidina Ali.

Sahabat : "Wahai Ali, mengapakah kamu berduka lara? Apakah yang telah menyebabkan kamu menangis teresak-esak begini?"

Saidina Ali : "Aku terlalu sedih, wahai sahabat. Sebab itu aku menangis."

Sahabat : "Boleh aku tahu, mengapa kamu menangis?"

Saidina Ali : "Wahai sahabatku, aku menangis kerana Allah sudah 'lupa' akan diriku. Sudah 12 hari aku tidak ditimpa sebarang ujian. Adakah Allah sudah tidak sayangkan aku?"

-----------------------------------------------------------------------------

Allahu rabbi.. Para sahabat menganggap Allah Ta'ala seperti 'melupakan' mereka bilamana tidak diberi sebarang ujian dalam hidup sehari-hari mereka. Namun, berbeza dengan kita. Apabila ditimpa sedikit ujian, terus menyalahkan Tuhan dengan persoalan, "Kenapa aku diuji begini ya Tuhan? Apa dosaku sehingga aku diuji sedemikian rupa? Mengapakah Kau timpakan ujian yang berat kepadaku?"

"Dan Kami pasti akan mengujimu dengan sedikit KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA, JIWA dan Buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira bagi mereka yang SABAR." (Surah al-Baqarah : 155)

Ujian itu tanda KASIH SAYANG Allah Ta'ala kepada kita. Kerana dengan ditimpa ujian, itu tandanya kita masih lagi dalam perhatianNya. Cukup rugi bagi mereka yang melihat ujian di sebalik perspektif negatif. Dan cukup beruntung mereka yang melihat ujian sebagai satu PELUANG untuk dekat dan asyik dalam menggapai cintaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan