CINTA SAMPAI SYURGA
(sediakan tisu sebelum baca)
Dia duduk menghadap laptop di  hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton  televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah  pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu  solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk  membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah  ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak  sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa  betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.
Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang  stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk  kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah  mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku  balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku  lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.  Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.  Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau  Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena  guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat  ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala  Lumpur.
Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah  ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang  dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat  surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat  mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.”  Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia  nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti  si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah  siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60  dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman  tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta  awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum.  “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta –  hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah  yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik  ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam.  Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka  telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan  enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat  dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak  kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang  pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai  macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau  yang menilai itu Allah bukan manusia.
  Kalau niat kita  kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam.  Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.  “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.  _________________________________  Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi  imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak  solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia  jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa  hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku.  Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh  terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau  boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di  pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku  bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat  adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.”
Aiman  hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam  kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik  aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk  kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham  tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya  yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup  mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan  suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir  itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir  apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.  “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.”  Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha!  Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman  menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si  Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam.
Terkejut juga  tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata  yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je  ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”  “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan  saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat  istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa  yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu….  “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang  di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak  reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi  duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat  dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak!
   Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di  tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat  terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu.  Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni  kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak  apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi  selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah  berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak  buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman  senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.  _____________________________________  “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan  isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa  dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa  apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak  garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”  “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak  sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia  cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
  Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! _________________________________  “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat  Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu  untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya  nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai  solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu  Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri  bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman  kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan  mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman  sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah  beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan  Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke  syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu  Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”  Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
  Aiman duduk di birai  katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke  dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.”  Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke  pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di  surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak  untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil.  Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan  seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke  surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!  “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik  sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila  mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak  tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap  ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau  je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas  beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak  mau lah, nanti kurang pahala.” __________________________________  Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ  asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya  Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan  di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman  duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah  sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call?  Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari  tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si  isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang  cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.  “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu  saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam.  Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.  “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di  seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan  lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.”  Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca  doa tidur sebelum tidur..”
Aiman ketawa. “next?” “..kalau  terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk.  “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap  perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni  last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai  syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak  senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi  Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya  siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.  “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan  berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman  seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya  memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak..  abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru  perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik  kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun  duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman  menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu  kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak  pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah  menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang,  nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa  itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap  Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam  budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa  benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.  Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa  dengan cerita tu?” “best.”
Syahirah senyum hingga nampak  lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa  yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini  baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.  “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema  cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan  Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di  ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia  menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan  menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”  teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman  menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3  itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku  tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..”  Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda  luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang  ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah  kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam  seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je
Aiman dengar.  Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu  disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya  Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan  Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman  telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya  ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan  menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari  lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan.  Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah  tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.  “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok  matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda  pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita  keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”  Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun  bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.  “doakan rumah tangga kita sampai syurga.”
Syahirah senyum dan  gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman  hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang  dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter  lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan  menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik.  Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan  dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak?  Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.  “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah  datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah  senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try  dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah  keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.  “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat  suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia  nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim  je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar  slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh.
   Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan  Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang  jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang  baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang  baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.” _________________________________________________  Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas  pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.  “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah  menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday  saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.  Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan  air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana  tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.  Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir  Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the  love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.  Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas  bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.  Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat  Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum.  Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman  menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang  beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu  mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu  kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh  manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap  abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak  sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok  agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?!  hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa  jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.  “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi  memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..”  “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua  bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.  “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang  patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya  Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya  ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam,  weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau  balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia  yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil  briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta  isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun  cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru,  Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. _____________________________
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh,  kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.”  “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan  abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali  tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap  Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.  “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur,  tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku  dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman  dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan  kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan  dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam  tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah  sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir  menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali  tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”  “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati  kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu  masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang  abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang  kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta  pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.”  Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di  pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang  membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru  selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang  dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana  nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas  sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa  melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.  “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai  hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak  ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang  lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak
Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.”  Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang  solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan  kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah  tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”  “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,  cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman  bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba  abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik  dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala  sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat  bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak  berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.  “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah  abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping  abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan  along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada  kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah  abang, minta petunjuk-NYA….
Assalammualaikum.” Syahirah dah  tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik  nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi  s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3  tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang  haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3  tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)  Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu  ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi  kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.  Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi  dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah  s.w.t. “Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.”  Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat  Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu  duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”  “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman  sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet  sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota  kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah  bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah  meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian  walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api  neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita  sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia  tidak berjumpa dengan isterinya.
  Tipu kalau dia kata dia  tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit  sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat  projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak  tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang  mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain… _________________________  Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu  dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice  dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas  (sms). Comel je isterinya itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah  sudah. – Aiman Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? –  Syahirah. Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman Solat Dhuha lah  abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan  berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message  itu. insyaALLAH. – Aiman. ____________________________________  “Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.  “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak  terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email  kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah  baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam  berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman  membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah  university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya  Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.  kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia  sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu.  Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
   Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk  ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.  “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang  terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni.  jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk  dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj.  Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat  nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak  perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU  permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman  dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”  “waalaikumsalam.” _________________________________
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta  perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.  “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil  Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman  diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak  berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang  ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati  abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya  pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk  dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi  Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..”  “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak  macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum  kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah  hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur  Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa  mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya  dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Aiman memandang  Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?”  Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari  langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran  tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di  sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di  belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan  ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut  tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa  ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu.  Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita  pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”  “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang  duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang  ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah  cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman  tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya  itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik  sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.  “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni.  Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman  membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?”  “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai  berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm,  4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam  tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk  dulu..” “okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi  Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan  memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan  masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman  bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada  terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan  sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan  semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun  nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta  halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa  saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata
Syahirah dan senyum.  Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah  geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.”  Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,  saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”  _____________________________ Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch  rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik  yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.  PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia  berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam  dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk  rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur.  Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat  Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.
Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang  telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang  membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. ********** Aiman  terpisat-pisat bangun.
Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata  terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya  beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah  itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan  pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala  anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia.  Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman  terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!!  Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya  menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun  janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!”  Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang  abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.  “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak  mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah  mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!!  Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa  yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan  isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh  tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………  Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji  Amran senyum. “sabar
Aiman, kebenaran akan terungkap,  bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap.  Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?”  Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa  banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji  Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?”  mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.  “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.  Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut  Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..  “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”  Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-  kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat  lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.  Segala sesuatunya lebih baik.
  Tampakanlah terhadap  hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan  janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah  dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.  Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu  berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman  membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the  love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu  membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…  ________________________________  Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN  Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu  KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN  Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.” Berulang-ulang  ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah  menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah,  Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang  menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum.  Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria.  Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian  sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda  bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak  sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu.  Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”  “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu  tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari  luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia  nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman  melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil  itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive.  Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya  cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil  itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi  isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya  ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran  menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira  abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di  tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman  mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.  Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.  Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click  sini =) “lagu apa?” “tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu  dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak  di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia  menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan  menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”  teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman  menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3  itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu  ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”  kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu.  Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar  tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi.  Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya  puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu,  hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang  di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.  Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan  Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman  turun dari katil dan keluar dari biliknya.
  Kini, dia  kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak  pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium  tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal  abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid.  Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”  _________________________________ 
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya  terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama  masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid.  Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang  lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.  “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman  memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat  malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya  ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu  lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya  sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah  di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang  jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik  sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan  lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk  membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman  mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.  Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia  menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.  “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang  lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan  Aiman agar mengikutinya. ______________________________
_____________
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu.  Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah  Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak  tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah  makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi  melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak  bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”  Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung  dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum –  alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda  kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa  yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang  baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam  keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu  bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di  azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya  jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari  kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau  neraka yang menanti. wallahua'lam...