skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
kEtAqwAaN
Solat Sunat Nikah / Kahwin
Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.
Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
• rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• rakaat kedua:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru  selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan  solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat,  dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
- sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• Rakaat kedua
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
- membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: “YA Allah,Engkau  Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru  sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai  pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah  pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang  soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon  pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau  berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami  sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus  sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin  isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah  kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti  Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau  anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau  anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan  anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau  peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan  dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya Allah,Ya Rahman, Ya  Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan  baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau  jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin  mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan  sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang  tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan  keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh  sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan  cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang  tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya  Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami,  cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau  peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar  menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan  taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
 
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan